KPT melantik Prof. Dr. Ismi Arif Ismail sebagai Timbalan Naik Canselor

Prof. Dr. Ismi Arif Ismail dilantik TNC UPM

PROF. DR. ISMI ARIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melantik Prof. Dr. Ismi Arif Ismail sebagai Timbalan Naik Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 25 April 2022 hingga 24 April 2025 menggantikan Prof. Dr. M. Iqbal Saripan setelah tamat tempoh lantikan pada 14 Februari lalu.

Ahli pengurusan UPM berkata, portfolio yang dipegang beliau adalah mengetuai dan bertanggungjawab dalam keseluruhan pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

“Beliau juga perlu meningkatkan pembangunan polisi akademik, mempromosikan proses jaminan kualiti, menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran serta bertanggungjawab atas perkembangan dan promosi hal ehwal antarabangsa.

“Pihak kami menyifatkan pelantikan ini dapat mendukung matlamat universiti yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk pengayaan pengalaman pelajar dalam menimba ilmu serta pembangunan profesional berterusan bagi kakitangan akademik universiti,” katanya dalam satu kenyataan dekat sini.

Sementara itu, Prof. Dr. Ismi mempunyai kelulusan Ph.D (Pendidikan Lanjutan), University of Warwick, United Kingdom, Sarjana Pendidikan Pengembangan, UPM dan Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua – TESL) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.