PPS SK Seri Bunian ditutup petang semalam - Utusan Malaysia

PPS SK Seri Bunian ditutup petang semalam

ONN Hafiz Ghazi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pontian, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunian yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas ditutup pada pukul 6 petang, semalam.

PPS tersebut yang sebelum ini menempatkan seramai 117 mangsa daripada 20 buah keluarga  ditutup berikutan keadaan cuaca yang bertambah baik serta situasi banjir semakin surut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian dalam satu kenyataan memaklumkan, hanya tinggal dua PPS yang masih beroperasi iaitu PPS SK Melayu Raya dan PPS SK Seri Bukit Panjang.

“Seramai 19 mangsa daripada empat keluarga berada di PPS SK Melayu Raya dan PPS SK Seri Bukit Panjang pula menempatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga.

“Keadaan cuaca di kawasan tersebut bertambah baik, namun pemantauan bersama agensi-agensi berkaitan masih terus dijalankan pada pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kegembiraan penduduk menyambut kehadiran Syawal di kawasan terlibat terjejas setelah rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat lebih dua jam.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyampaikan sumbangan kurniaan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada 31 keluarga yang terlibat di di tiga PPS berkenaan.

Turut Sama mengiringi beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng, Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Rafi Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) Mohd. Ezzuddin Sanusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN