Polis Melaka rampas arak lari daripada cukai RM300,000 - Utusan Malaysia

Polis Melaka rampas arak lari daripada cukai RM300,000

POLIS berjaya menemukan 732 kotak minuman keras yang mengandungi 17,874 botol pelbagai jenama dalam serbuan di sebuah premis di Malim, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Taktik dua lelaki menggunakan pelekat palsu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk menyimpan minuman keras bernilai RM300,000 di sebuah premis di sini gagal selepas diberkas polis, semalam. 

Suspek berusia 46 dan 24 tahun itu berjaya ditangkap sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam satu serbuan di Malim. 

Ketua JSJ Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kedua-dua suspek ditahan ketika sedang sibuk memindahkan minuman keras pelbagai jenama ke dalam sebuah lori. 

“Pemeriksaan lanjut dalam premis mendapati terdapat 732 kotak minuman keras yang mengandungi 17,874 botol pelbagai jenama. 

“Kita percaya minuman keras itu telah disimpan menggunakan pelekat palsu JKDM untuk mengaburi kegiatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM300,000 mengikut pasaran semasa. 

“Kita masih melakukan siasatan lanjut mengenai bekalan tersebut, namun kita syaki suspek telah menjadikan premis ini sebagai stor penyimpanan sejak setahun yang lalu. 

“Hasil soal siasat, suspek mendakwa minuman keras itu untuk dipasarkan kepada peruncit tempatan,” ujarnya. 

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1967. 

POLIS berjaya menemukan 732 kotak minuman keras yang mengandungi 17,874 botol pelbagai jenama dalam serbuan di sebuah premis di Malim, Melaka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya