PM sahkan pelantikan Tajuddin, dapat persetujuan Indonesia - Utusan Malaysia

PM sahkan pelantikan Tajuddin, dapat persetujuan Indonesia

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Malah beliau memaklumkan, pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah pun mendapat persetujuan Indonesia dan telah menerima surat persetujuan pelantikan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

“Kita dah setuju untuk lantik (beliau). Indonesia pun dah setuju (dan) saya difahamkan beliau pun dah dapat surat daripada Presiden Indonesia yang bersetuju dengan pelantikannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

ISMAIL Sabri Yaakob ketika hadir  majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Ditanya mengenai kritikan beberapa pihak berhubung pelantikan itu, Ismail Sabri berkata, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu merupakan ahli politik berpengalaman.

Katanya, adalah amat wajar untuk semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menjalankan tugas.

“Siapa pun yang dilantik, bukan semua orang akan puas hati.

“Beliau ahli politik yang lama dan berpengalaman, jadi kita tunggulah selepas beliau menjalankan tugas,” jelas beliau.

Semalam, media melaporkan Tajuddin, 74, dijadual melaporkan diri sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia akhir bulan ini.

Beliau sebelum ini pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Perdana Menteri ke Indonesia bertemu Joko Widodo pada November lalu.

Jawatan Duta Besar Malaysia di Indonesia kini kosong dengan yang terakhir disandang Datuk Zainal Abidin Bakar.

Ketika ini, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd. Shaffieq mengetuai anggota kedutaan negara di sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.