KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa lebih sejam beraya dengan 1,000 kepemimpinan UMNO Terengganu dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri parti itu, di sini hari ini.
Ismail Sabri tiba kira-kira pukul 3.45 petang dengan diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said.
Yang hadir sama Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Idris Jusoh merangkap Ahli Parlimen Besut.
Selain menjamu selera, Perdana Menteri beramah mesra dengan seluruh tetamu di samping bergambar bersama.
Ismail Sabri berkata, kemeriahan majlis berkenaan sekali gus membuktikan perpaduan yang kukuh dalam UMNO Terengganu. – UTUSAN










