PM akui teruja sambutan Aidilfitri Tentera Darat

PM akui teruja sambutan Aidilfitri Tentera Darat

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) hadir Rumah Terbuka di Kem Perdana Sungai Besi, malam tadi. - PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui teruja dengan sambutan Aidilfitri Tentera Darat secara gilang gemilang di Kem Perdana Sungai Besi, malam tadi. 

Beliau berkata, ini kerana ia menggamit kembali nostalgia sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan.

“Malam yang indah dengan persembahan bunga api di rumah terbuka Aidilfitri Tentera Darat ini turut kaya dengan kebudayaan, kesenian dan jalinan kasih sayang sebuah keluarga besar Tentera Darat.

“Berasa kagum dan bangga apabila keunikan dan kebudayaan Malaysia dapat dipersembah kepada wakil ‘Defence Attache’ dari 36 negara yang turut hadir di majlis rumah terbuka Aidilfitri ini.

“Tidak terkecuali, ahli keluarga Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi hadir meraikan bersama-sama termasuk mereka yang datang dari Rejimen Ke-34 Artileri Diraja, Kem Bera mengharmonikan suasana majlis bagaikan sebuah keluarga yang besar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Justeru, Ismail Sabri mendoakan semoga seluruh anggota Tentera Darat sentiasa meraih kejayaan dalam menggalas tanggungjawab memelihara keamanan dan kedaulatan negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya