Covid-19

Pesakit Covid-19 diwad terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,020 kes berbanding kelmarin, 2,060 kes dan diatasi 3,162 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 878 kes diikuti Kuala Lumpur (345), Pulau Pinang (126), Negeri Sembilan (125), Melaka (108), Perak (98), Johor (85), Kedah (57), Putrajaya (55) dan Sarawak (52).

Diikuti Sabah (41), Pahang (25), Terengganu (12), Kelantan (11), Perlis (2) manakala Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 469 orang berbanding kelmarin, seramai 475 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan sedikit peningkatan kepada 39 orang berbanding jumlah kelmarin, 36 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan sebanyak 24 kes berbanding jumlah kelmarin, 20 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 31 kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, 34 kluster sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tiga kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,641 kes. 

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,550 kes. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN