Perlis tawar lebih banyak destinasi pelancongan

Perlis tawar lebih banyak destinasi pelancongan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Datuk Bandar Hat Yai, Leftenan Jeneral Polis, Sakorn Thongmunee ketika mengadakan lawatan ke Hat Yai di perkarangan Robinson Department Store Hat Yai, Thailand, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Perlis menawarkan lebih banyak destinasi pelancongan menarik dan baharu yang wajar dikunjungi oleh penduduk dari Selatan Thailand.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelbagai perubahan di negeri ini dicapai sepanjang dua tahun penularan wabak Covid-19.

Baginda bertitah demikian ketika mengadakan lawatan ke Hat Yai di perkarangan Robinson Department Store Hat Yai, Thailand, hari ini.

Keberangkatan baginda bersama Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil itu disambut oleh Datuk Bandar Hat Yai, Leftenan Jeneral Polis, Sakorn Thongmunee.

Sementara itu, Sakorn berkata, keberangkatan tetamu Diraja dari Malaysia itu dapat menghubungkan kembali pelancongan antarabangsa, merangsang  ekonomi dan membina kembali keyakinan pengunjung Malaysia melawat Hat Yai.

“Masyarakat Hat Yai sentiasa bersedia untuk menyambut kembali kedatangan pelawat Malaysia dan juga negara-negara lain. Kedai-kedai, hotel serta lokasi-lokasi produk tarikan pelancong di Hat Yai juga sudah bersedia menyambut kehadiran pelancong,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga memohon pelbagai pihak khususnya yang terlibat dalam sektor pelancongan untuk terus bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menyediakan segala kemudahan dan keselamatan terhadap pelancong seperti sebelum krisis Covid-19.

Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad yang mengiringi baginda memberitahu, urusan sempadan di Padang Besar juga kini mula sibuk selepas pintu sempadan dibuka semula baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya