Perdana Menteri umum khabar gembira buat penduduk pedalaman Sabah

Perdana Menteri umum khabar gembira buat penduduk pedalaman Sabah

ISMAIL Sabri Yaakob (tiga kanan) menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada salah seorang penerima semasa perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Pas Menyeberangi Sempadan yang kini boleh didapati di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, Nabawan memberi khabar gembira buat masyarakat di pedalaman Sabah.

Kini, penduduk di Pagalungan tidak perlu lagi pergi sejauh lebih 100 kilometer ke Keningau untuk mendapatkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas.

Demikian pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Di samping itu, urusan pembaharuan Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) juga boleh dilakukan di semua pejabat Imigresen di Sabah

Mengulas lanjut katanya, di bawah semangat Keluarga Malaysia diharap agar sebarang isu mahupun permintaan Sabah yang tertunggak dapat dibincang dan dipertimbangkan dengan sebaiknya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan Persekutuan amat positif dalam memenuhi segala perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), terutama apa yang sepatutnya diperoleh oleh Keluarga Malaysia Sabah.

“Justeru, sebuah jawatankuasa peringkat persekutuan telah dibentuk dan dipengerusikan sendiri oleh saya selaku Perdana Menteri dan turut disertai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk tuntutan Sabah menerusi MA63,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa peka dengan keluh-kesah Keluarga Malaysia di Sabah termasuklah isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah dan masa penerbangan ditunda ketika musim perayaan.

Justeru, perbincangan akan diadakan dengan pihak-pihak terlibat supaya Keluarga Malaysia tidak lagi bimbang ketika hendak pulang ke kampung halaman pada musim perayaan akan datang.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya