Perdana Menteri sokong pemilihan selepas PRU

Perdana Menteri sokong pemilihan selepas PRU

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Perdana Menteri (tiga dari kiri) ketika tiba sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyokong usul yang dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung cadangan pindaan Perlembagaan UMNO.

Pindaan Perlembagaan tersebut melibatkan 3 Fasal iaitu Fasal 10.16, 15.3 dan 18.2 yang kesemuanya melibatkan penangguhan pemilihan di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

Pindaan ini memberi kuasa kepada MKT UMNO untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, Bahagian dan Cawangan tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan atau tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian.

Tarikh Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang dinyatakan dalam Fasal 10.16.1 adalah seperti yang dinyatakan dalam writ yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958 atau mana-mana undang-undang yang terpakai bagi tujuan yang sama.

Terdahulu, Mohamed Khaled telah diamanahkan untuk membawa usul mencadangkan pindaan Perlembagaan UMNO tersebut.

Pindaan itu kemudiannya disokong 100 peratus dari perwakilan UMNO itu sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya