Penyebar video fitnah polis dicari - Utusan Malaysia

Penyebar video fitnah polis dicari

peniaga lemas

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemilik akaun laman sosial dan individu dipercayai terlibat dalam penularan rakaman video fitnah membabitkan anggota polis.

Ini susulan sebuah rakaman video dikesan polis yang tular dalam aplikasi laman sosial ketika menjalankan tugas, Khamis lalu.

Dalam video itu terdapat paparan bertulis ‘dia pikir (fikir) kita NGX (tidak) ada dokumen ke buang masa je… kalau grap (Grab) je dia terus stop (henti) kan… kereta yang lain lewat (lalu) je… hati-hati teman kalau lalu sekitar Damansara.’

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu laporan polis dibuat bertujuan mengelak sebarang persepsi negatif dan fitnah orang ramai terhadap polis yang menjalankan tugas.

“Anggota terbabit yang berkhidmat di cawangan kereta peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya tidak menyedari perbuatannya dirakam.

“Kejadian berlaku ketika anggota itu menjalankan tugas memeriksa kereta e-hailing, Proton Saga di Jalan Mayang Mas, Kelana Jaya sebelum dirakam penumpang kenderaan itu, iaitu seorang wanita warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, selepas selesai membuat pemeriksaan, kereta berkenaan dilepaskan kerana tidak mempunyai sebarang kesalahan sama ada lalu lintas, jenayah atau dadah.

Ujar beliau, bertindak daripada laporan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Dakwaan tulisan berbaur negatif itu boleh menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya.- UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN