KOTA BHARU: Kerjasama Pas dalam soal penyatuan ummah tidak terhad kepada UMNO, sebaliknya terbuka kepada mana-mana pihak termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) dengan syarat mereka serius membawa agenda itu. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sebagaimana pernah disebut sebelum ini, pintu rundingan terbuka luas kepada Amanah jika parti itu ‘serius’ untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH), terutama DAP. “Kita berfikiran terbuka dan bukan sahaja menerima UMNO dalam kerjasama…










