Penunggang motosikal maut rempuh lori

Penunggang motosikal maut rempuh lori

 KEMALANGAN maut melibatkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di Seremban, Negeri Sembilan.  -MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh sebuah lori dalam nahas di Jalan Kampung Rawa Hilir, Lenggeng di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Mohamad Iskandar Abdollah Zawawi, 31, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu lori berusia 46 tahun dalam perjalanan dari Sepang menghala ke Pantai sedang bergerak terus.  Tiba- tiba datang motosikal mangsa dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan di hadapannya lalu hilang kawalan jatuh dan masuk ke laluan lori.

“Siasatan awal mendapati, kawasan kemalangan adalah jalan mempunyai satu lorong dua hala. Keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.