Pengunjung Air Terjun Asahan cemas berdepan kepala air - Utusan Malaysia

Pengunjung Air Terjun Asahan cemas berdepan kepala air

SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang dibawa turun oleh pasukan bomba dalam kejadian kepala air di Air Terjun Asahan, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seramai 80 pengunjung Air Terjun Asahan di sini berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air berikutan hujan lebat sejak pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd. Rizuan Suliman berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.01 petang, lantas sepasukan empat anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, bomba tiba di lokasi kira-kira pukul 1.27 petang dan setakat pukul 3 petang tadi, hampir 60 mangsa berjaya dibawa turun dengan selamat.

“Kira-kira 80 pengunjung Air Terjun Asahan terperangkap di atas bukit kawasan riadah susulan kejadian kepala air.

“Seramai 60 mangsa dibawa turun manakala 20 lagi mendakwa ingin meneruskan aktiviti berkhemah di atas dan kita telahpun meminta bantuan polis untuk menasihatkan agar mereka turut pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kesemua mangsa dibawa turun dengan cara berjalan kaki menyeberangi limpahan kepala air.

“Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan, hanya sebuah kereta masih terkandas dalam kejadian itu. Kita masih menjalankan pemantauan di lokasi dan memotong pokok-pokok yang tumbang disebabkan arus deras kepala air,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya