Penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang direman 4 hari kes rasuah RM3,000 - Utusan Malaysia

Penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang direman 4 hari kes rasuah RM3,000

SEORANG pegawai penguat kuasa KPDNHEP Timur Laut direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan membabitkan nilai RM3,000 di Mahkamah Majistret, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Timur Laut di sini direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan nilai RM3,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 17 Mei itu dikeluarkan Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin selepas Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G. Jayaraj membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika menerima wang berkenaan daripada seorang pengadu di sekitar Bayan Baru dekat sini petang semalam.

Katanya, wang itu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes yang masih di dalam siasatan dan supaya tindakan tidak diambil ke atas pengadu atas kesalahan memiliki gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi melebihi kapasiti yang dibenarkan.

Difahamkan kesalahan itu dilakukan sejak tahun lalu dan pengadu berkenaan membuat laporan kepada SPRM awal bulan ini.

Suspek yang tidak diwakili peguam itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN