Penghantar makanan mengaku salah buat hantaran lucah

Penghantar makanan mengaku salah buat hantaran lucah

MUHAMMAD Khair Ma'ani membuat pengakuan bersalah bagi dua pertuduhan hantaran video dan gambar lucah di laman sosial instagram di Mahkamah Sesyen Jenayah, Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang pengantar makanan membuat hantaran video dan gambar lucah di laman sosial Instagram membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Muhammad Khair Ma’ani, 25, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan aplikasi Instagram secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan video bersifat lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dibuat di Blok C, Taman Ungku Tun Aminah di sini, kira-kira pukul 8.50 pagi pada 25 Januari 2020. Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim bagaimanapun memohon satu tarikh lain untuk sebutan semula kes dan hukuman. Tertuduh tidak diwakili peguam sementara mahkamah menetapkan 19 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.