Pengebumian jenazah Muhammad Nasron Aidol selesai

Pengebumian jenazah Muhammad Nasron Aidol selesai

JENAZAH seorang mahasiswa USAS, Allahyarham Muhammad Nasron Aidol Munir Akbar yang terlibat dalam kemalangan maut di Ipoh, Perak, kelmarin selamat dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Kubu, Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD ATHIR ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Sungguh dicemburui pemergian mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Allahyarham Muhammad Nasron Aidol Munir Akbar apabila dia amat dikasihi saudara, jiran dan rakan-rakannya.

Ini kerana ratusan jemaah terdiri daripada saudara mara yang datang dari Johor dan Perak serta jiran tetangga dengan puluhan kenderaan mengiringi pengebumiannya di Jalan Kuala Kubu di sini, hari ini.

Allahyarham Muhammad Nasron, 23, maut dalam satu kemalangan bersama empat rakan serumahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuala Kubu di sini kira-kira pukul 7.55 pagi tadi.

Terdahulu jenazah allahyarham tiba di rumahnya si Taman Desa Bukit Bujang pada pukul 2.07 pagi selepas selesai disembahyangkan di Masjid Permaisuri Bainun, USAS di Kuala Kangsar, Perak, bersama Allahyarham Iqbal Hasnun Halimi, 23, dan Allahyarham Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19, malam tadi.

Sementara itu, Allahyarham Iqbal Hasnun yang merupakan penumpang belakang bahagian kanan dan penumpang bahagian belakang tengah, Allahyarham Muhamad Nabil Haikal masing-masing di bawa pulang ke Senai, Johor dan Nilai, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Kesemua mereka dikebumikan hari ini selepas proses pengecaman dan bedah siasat selesai dilakukan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Taiping, Perak, semalam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang merupakan penumpang bahagian belakang kiri selamat dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau di Parit Buntar Perak, pada malam semalam.

Sementara seorang lagi mangsa iaitu Allahyarham Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, pula dikebumikan semalam dekat Tanah Perkuburan Islam Kijal di Kemaman, Terengganu.

Lima pelajar USAS maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan, tengah malam 12 Mei.

Mangsa yang terlibat adalah Muhammad Nasrun, Ahmad Naim Najmi, Iqbal Hasnun, Ahmad Akmal dan Muhammad Nabil Haikal yang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.