Pengayuh basikal rentas Asia teruja disambut Sultan Nazrin

Pengayuh basikal rentas Asia teruja disambut Sultan Nazrin

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah beramah mesra dengan dua pemain ragbi dari Afika Selatan yang berkayuh rentas Asia di pekarangan Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Dua pemain ragbi dari Afrika Selatan yang dalam misi berbasikal ke New Zealand sempena kejohanan Ragbi Piala Dunia di negara itu pada Oktober depan melalui pengalaman menarik apabila bertemu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Ron Rutland, 47, dan rakannya, Adam Nunn pemain ragbi dari Cape Town, Afrika Selatan yang singgah di Kuala Kangsar hari ini disambut Sultan Nazrin di pintu masuk Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada kira-kira pukul 1.45 tengahari.

Baginda meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk beramah mesra dengan dua pengayuh berkenaan sebelum sesi berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar antara pengayuh terbabit bersama baginda. 

Menurut Rutland, dia dan rakannya itu dalam dalam perjalanan ke New Zealand sempena kejohanan Ragbi Piala Dunia 2021 pada Oktober nanti.

Beliau berkata, mereka tiba di Tokyo, Jepun pada 13 Mac lalu dan berbasikal merentasi beberapa negara sebelum tiba di Malaysia.

“Dapat bertemu dengan baginda tuanku merupakan satu penghormatan buat kami. 

“Kami amat menghargai kesudian baginda meluangkan masa bertemu kami, ini satu pengalaman yang tak dapat kami lupakan apatah lagi kami tahu baginda sememangnya seorang peminat sukan ragbi.

“Kami rasa terharu disambut baginda, seorang pemerintah yang merendah diri.

“Selalunya apabila hendak berjumpa dengan orang kenamaan, kamu tahu perlu berpakaian formal, mengenakan kod dan sebagainya namun hari ini Sultan Nazrin menyambut ketibaan kami yang berpakaian begini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Rutland, selepas Malaysia, mereka akan meneruskan perjalanan ke Singapura, Indonesia, Timor Leste dan akan singgah dan berehat di negara yang terkenal dengan sukan ragbi iaitu Fiji, Tonga,  Samoa dan Australia.

Katanya, selepas itu mereka akan meneruskan perjalanan dan dijangka tiba di Auckland, New Zealand pada pembukaan kejohanan Ragbi Piala Dunia yang bermula pada 8 Oktober.

“Perjalanan dari Tokyo ke Auckland melibatkan jarak antara 16,000 hingga 17,000 kilometer menempuh 14 negara dan mengambil masa selama 209 hari.

“Sepanjang perjalanan kami membuat kutipan untuk tabung pembangunan sukan ragbi dalam kalangan kanak-kanak di Asia Tenggara yang kurang peluang terdedah dengan sukan ragbi.

“Kami berharap dapat mengumpul $AS200,000 yang disasarkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya