Pemilihan PKR: Rafizi minta JPP selesai segera isu teknikal 

Pemilihan PKR: Rafizi minta JPP selesai segera isu teknikal 

RAFIZI Ramli sewaktu berucap pada Majlis Hari Raya Aidilfitri 2022 di Dewan Orang Ramai Taman Dusun Nyior, Ampangan, Seremban, malam semalam. - FOTO/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR perlu menyelesaikan masalah sistem dalam proses pemilihan secara fizikal parti itu yang sedang berjalan ketika ini.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan menulis surat secara rasmi kepada JPP berhubung perkara itu hari ini supaya ia dapat diberikan perhatian segera.

Jelas beliau, perkara itu penting untuk diselesaikan sekurang-kurangnya sebelum tiba pada hari pengundian melibatkan negeri yang mempunyai keahlian besar seperti Selangor bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal timbul.

“Paling ketara sekali ialah kita memang ada masalah seperti unit tablet (yang digunakan) kadang-kadang itu mengambil masalah yang lama, kadang-kadang ada isu bugs (pepijat).

“Ada beberapa tempat yang pemilihan ditangguhkan kerana masalah-masalah ini, saya faham JPP menguruskan (pemilihan) yang melibatkan satu juta orang namun mereka ini sukarela dan hanya ada masa dua bulan.

“Saya akan menulis surat secara rasmi kepada JPP esok (hari ini) supaya mereka supaya mereka dapat menyelesaikan seberapa banyak kelemahan sistem yang ada. (JPP) ada masa seminggu sebelum pemilihan minggu depan di negeri-negeri yang besar seperti Selangor untuk elakkan rasa resah dan kecewa ahli yang turun (namun) tidak dapat mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri 2022 di Dewan Orang Ramai Taman Dusun Nyior, Ampangan di sini, malam semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga calon Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Proses pengundian secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2022 telah bermula pada 13 Mei lalu melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu diikuti Kedah dan Johor semalam serta diteruskan hari ini di negeri Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Semalam media melaporkan, proses pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di Cabang Padang Serai, kedah terpaksa ditangguhkan setelah mendapat bantahan berikutan wujud rasa tidak puas hati selain masalah teknikal.

Sementara itu, Rafizi berkata, pihaknya melihat, jumlah anggota parti itu yang keluar mengundi secara fizikal setakat ini lebih rendah berbanding pemilihan yang lepas namun perkara itu jelasnya sememangnya sudah dijangka.

“Sebahagian yang lain itu akan mengundi secara dalam talian, pada masa yang sama, kami juga faham ia menggambarkan mood dalam parti yang mungkin agak suram kebelakangan ini.

“Tetapi ada juga di tempat-tempat lain yang kami tidak sangka, minat jauh lebih tinggi daripada yang kita sangkakan sebelum ini, contohnya di Kelantan yang Keadilan ini berbanding Pas atau UMNO, kami jauh lebih kecil dan lemah tetapi jumlah yang keluar mengundi dan tenaga dan minat yang ditunjukkan itu memang sebaik dalam pemilihan yang lepas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.