Pemilihan PKR: MB Selangor ungguli carta Naib Presiden - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: MB Selangor ungguli carta Naib Presiden

Menteri Besar Selangor, AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Calon Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengungguli carta Naib Presiden dengan undian sebanyak 799 menewaskan saingannya, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (168).

Kedudukan beliau itu kemudian diikuti Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang dengan undian sebanyak 593 dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang mendapat 509 undi serta Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Thiban Subramaniam.

Empat calon tersebut jauh menewaskan pesaing lain dalam merebut jawatan tersebut seperti Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dengan 206 undi, Manivanan Gowin (171), dan Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid (148).

Selain itu, tujuh calon Naib Presiden memperoleh keputusan tercorot iaitu mendapat undi di bawah 100 seperti Pengarah Komunikasi PKR, yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai.

Malah, Amirudin turut menewaskan Farhash Wafa dalam merebut jawatan Ketua Cabang Gombak dengan perbezaan sebanyak 643 undi dalam pertembungan dua penjuru.

Ketua Cabang

Sementara itu, di Selangor, jawatan bagi Ketua Cabang seperti di Shah Alam dimenangi Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail yang memperoleh 1,407 undi, sementara Kota Raja pula dimenangi oleh Gunarajah George (2,709); Kapar, Azizi Ayob (1,888) dan Klang, Fadhlina Sidek (661).

Selain itu, di Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah memenangi jawatan Ketua Cabang dengan 1,608 undi menewaskan tiga calon lain termasuk Exco Kerajaan Negeri, Mohd. Khairuddin Othman yang cuma memperoleh 849 undi.

Di Petaling Jaya, Exco Kerajaan Negeri, Hee Loy Sian berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang di situ dengan memperoleh 931 undi menewaskan tiga calon lain termasuk Manivanan.

Bagi kawasan-kawasan yang ahli parlimennya melompat daripada PKR seperti Ampang dan Kuala Langat  masing-masing dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok (942) dan Haridass Ramasamy (1,100) undi.

Dalam pada itu, sebanyak 13 daripada 22 cabang PKR di Selangor menyatakan suara memilih bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli menewaskan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Cabang yang dikenal pasti memberikan sokongan kepada Rafizi antaranya seperti Shah Alam, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Ampang dan Pandan.

Sementara itu Saifuddin Nasution pula mendapat sokongan daripada sembilan cabang sahaja termasuk Kapar, Klang dan Kota Raja.

Mohd. Rafizi mendapat 25,499 undi dan Saifuddin mendapat 22,101 undi secara keseluruhan daripada semua cabang di Selangor.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya