Peluang kerja bukan inklusif pihak tertentu

Peluang kerja bukan inklusif pihak tertentu

Rijal Mustafa Rozman meninjau aktiviti kemasyarakatan Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Peluang pekerjaan yang wujud bukan bersifat inklusif kepada pihak-pihak tertentu, sebaliknya ia perlu dibuka kepada anak muda di semua peringkat.

Pengarah Komunikasi Kelab Belia Prihatin Malaysia (Belia Prihatin), Rijal Mustafa Rozman berkata, ia bagi menjamin manfaat dan inisiatifdisediakan sampai kepada golongan belia yang disasar, sama ada di kawasan bandar atau desa.

“Belia Prihatin menyambut baik pengiktirafan Kerajaan Malaysia berhubung usaha proaktif pertubuhan-pertubuhan belia dalam aktiviti pembangunan masyarakat.

“Ia sekali gus menjadi penyumbang utama kepada usaha dan matlamat utama dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan maju,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat lebih 20 inisiatif boleh dimanfaatkan golongan belia secara langsung atau tidak langsung melalui Bajet 2022 yang diumumkan kerajaan.

Antaranya ialah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang dilancar pada 19 Februari lalu bagi membantu memperkukuh ekonomi belia.

Pada masa sama, Rijal Mustafa berharap pembabitan anak muda dalam proses pilihan raya dapat difokuskan dengan menumpukan kepada aktiviti kemasyarakatan sebagai permulaan.

Jelasnya lagi, melalui aktiviti sebegini, ia dapat meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan belia sekali gus memberi pemahaman tentang penyertaan demokrasi berparlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.