Pejuang belum jumpa ‘kawan’ menjelang PRU-15

Yuran masuk taman, pulau di Sabah akan dinaikkan

MAKLARIN Lakim (empat kiri) bersama pegawai kanan TTS dan tetamu jemputan memotong kek sempena sambutan ulang tahun Taman Tun Mustapha di Kudat baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT: Yuran kemasukan ke taman dan pulau di bawah pengurusan Taman-Taman Sabah (TTS) akan dinaikkan dalam masa terdekat.

Pengarah TTS, Dr. Maklarin Lakim berkata, yuran kemasukan ke taman dan pulau di bawah TTS tidak pernah disemak secara menyeluruh sejak 20 tahun lalu jadi, sudah tiba masanya untuk kadar yuran ini disemak semula.

“Kos penyelenggaraan kita meningkat dari hari ke hari namun, kutipan yuran itu tidak lagi mampu menampung kos pemuliharaan yang tinggi.

“Ada keperluan untuk meningkatkan kutipan melalui penjualan tiket masuk selaras dengan keadaan semasa agar kutipan hasil kita mampu menampung kos pemuliharaan dan penjagaan taman.

“Sekarang tidak seimbang kerana kita banyak bergantung kepada subsidi kerajaan negeri untuk menampung kos pemuliharaan disebabkan hasil yang dikutip tidak mencukupi,” katanya semasa sambutan ulang tahun keenam Taman Tun Mustapha baru-baru ini.

Kadar kenaikan yuran itu akan diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin dalam masa terdekat.

Menurut beliau, sebahagian peralatan di kawasan pelancongan di bawah pengurusan TTS perlu dikenakan sewa namun, disebabkan tiada semakan yuran selama 20 tahun ini maka, perkara berkaitan kadar sewa juga terlepas pandang.

“Apa yang sepatutnya kita kenakan sewa namun, kita berikan secara percuma dan ia tidak wajar kerana bagi orang luar, apa yang kita ada di Sabah ini sesuatu yang hebat dan unik jadi, ia harus terus dipelihara. Ini antara perkara yang kita terlepas pandang,” katanya.

Itu sebabnya, TTS telah mengemukakan hasil semakan menyeluruh pada tahun lepas kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Pada masa ini, TTS mempunyai sembilan taman termasuk enam taman marin dan tiga di daratan. Secara keseluruhan, ia menempatkan 24 produk pelancongan yang boleh dilawat dan dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar negara.

Dalam 24 produk pelancongan itu, terdapat juga produk-produk sampingan yang ditawarkan seperti di Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Pulau Sipadan di Semporna yang menawarkan aktiviti selam skuba.

Begitu juga di Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) yang menawarkan aktiviti selam skuba serta aktiviti pendakian Gunung Kinabalu di Taman Negara Kinabalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya