Peguam ditahan terima suapan RM100,000 - Utusan Malaysia

Peguam ditahan terima suapan RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang peguam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima wang rasuah berjumlah lebih kurang RM100,000 yang kononnya untuk membantu menutup kes yang sedang disiasat oleh suruhanjaya itu.

Satu sumber mendedahkan, lelaki berusia 50-an itu ditahan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara kira-kira pukul 4 petang tadi.

Sumber berkata, peguam berkenaan sebelum itu dikatakan meminta wang berjumlah RM4 juta daripada seorang pemilik syarikat kononnya sebagai dorongan supaya SPRM tidak menyiasat syarikat tersebut berkaitan sebuah projek pembangunan.

“Pemilik syarikat itu bagaimanapun membayar RM100,000 terlebih dahulu sebagai pendahuluan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya