PBM terima permohonan Zuraida, akui teruja

PBM terima permohonan Zuraida, akui teruja

NOR HIZWAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengesahkan sudah menerima borang permohonan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyertai parti itu.

Ekoran itu, Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad berkata, permohonan itu akan melalui proses sewajarnya iaitu melalui perbincangan bersama Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PBM. 

Katanya, keputusan permohonan tersebut akan dimaklumkan sejurus selepas mesyuarat tersebut nanti.

”Bagi pihak Parti Bangsa Malaysia, kami amat berbangga dan teruja dengan perkara ini memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang berdedikasi, berwibawa dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang sebagai pemimpin yang dekat kepada rakyat di akar umbi. 

”Perkara ini mengukuhkan lagi keyakinan kami bahawa enam teras perjuangan yang dibawa oleh Parti Bangsa Malaysia yang berbilang kaum ini terus mendapat sambutan dari pelbagai peringkat rakyat di negara ini dan menambah semangat kami dalam membina momentum untuk terus bekerja keras demi Bangsa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Terdahulu, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia mengumumkan tindakan keluar parti itu selepas membuat pertimbangan yang mendalam dan mempercayai dengan perjuangan PBM yang berteraskan enam prinsip utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya