PBM akan fikirkan jawatan sesuai kepada Zuraida

PBM akan fikirkan jawatan sesuai kepada Zuraida

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertimbang satu jawatan yang paling sesuai untuk diberikan kepada Datuk Zuraida Kamaruddin membimbing parti berbilang kaum itu.

Naib Presiden Kanan Kebangsaan PBM, Steven Choong Shiau Yoon berkata, pengalaman Zuraida dalam penggubalan strategi serta menggerak jentera pilihan raya akan membantu meningkatkan sokongan pengundi terhadap calon PBM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

STEVEN CHOONG SHIAU YOON

“Kepemimpinan dan ahli PBM Negeri Johor khususnya sangat mengalu-alukan hasrat beliau untuk bersama parti. Kami bersyukur kerana Zuraida telah memilih PBM sebagai platform untuk meneruskan kerjaya politiknya.

“Zuraida yang selalu bersuara bagi kaum wanita serta seorang menteri yang rajin menjalankan tugasan adalah satu aset besar kepada parti kami.

“Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan dan merupakan seorang pemimpin wanita yang berwibawa dan berdedikasi dan terkenal di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shiau Yoon yang juga Pengerusi PBM Negeri Johor berkata, semangat dan keyakinan Ahli Parlimen Ampang itu dapat dijadikan contoh dan teladan yang baik khususnya ketika parti sedang bersiap sedia menghadapi PRU15.

“Gaya kepemimpinannya sentiasa seperti seorang ibu kepada semua yang sudi mendengar dan membimbing. 

“Dia mempunyai sisi lembut tetapi juga seorang wanita yang tegas yang menjauhkan diri daripada emosi dalam membuat keputusan,” katanya. 

Semalam, Zuraida mengumumkan pendiriannya untuk keluar daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai PBM setelah membuat pertimbangan dengan teliti dan mendalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya