Pas minta UMNO Terengganu kemuka bukti

Pas minta UMNO Terengganu kemuka bukti

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua, kanan) memegang buku cenderamata Jubli Emas 50 Tahun dalam Majlis Sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu digesa mengemukakan bukti kononnya seramai 300 Pemuda Pas di  Kemaman mengumumkan keluar parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu di luar pengetahuannya sekali gus meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said membuktikan tuduhan berkenaan.

“Saya pun tidak tahu, mintalah bukti daripada dia (Ahmad).

“Sesiapa yang bawa apa-apa maklumat, dia yang bertanggungjawab memberi bukti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu di sini hari ini.

Semalam, Ahmad mendakwa seramai 300 Pemuda Pas Kemaman keluar parti dan menyertai UMNO.

Katanya, borang keahlian kesemua mereka akan diserahkan kepada Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis khas di Kemaman tidak lama lagi.

Dakwa Ahmad, selain kumpulan belia itu, beberapa orang kuat Pas dari Marang turut menyatakan sokongan kepada UMNO, minggu lalu.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, semakan mendapati tiada mana-mana ahli parti berkenaan menyertai UMNO.

“Itu hanya tipu helah dan propaganda politik murahan yang menandakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) makin dekat,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya