kurang pelapis

Pakar, tokoh sejarah kurang pelapis

HASAN Malek (tengah) bersama ahli PSMCNS pada Jamuan Hari Raya persatuan itu bagi di Seremban, semalam.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (PSMNS) mahu mengumpulkan tokoh akademik dan pakar pelbagai bidang dalam usaha menyuburkan semula budaya ilmu berkaitan sejarah di negeri ini.

Pengerusi PSMCNS, Datuk Seri Hasan Malek berkata, program persejarahan itu akan diusahakan secara serius dan berterusan supaya selepas melihat terdapat kelompongan apabila beberapa tokoh berkaitan meninggal dunia namun tiada golongan pelapis menggantikan mereka.

“Jika kelompongan ini dibiarkan berterusan, budaya dan tradisi ilmu berkaitan sejarah akan mati.

“PSMCNS boleh menjadi wadah dan tempat berkumpul, merancang, berbincang, menjana idea seteruskan melaksanakan program semada secara berkala atau berterusan bagi mengukuhkan tradisi keilmuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Jamuan Hari Raya PSMCNS di sini semalam.

Hasan memberitahu, persatuan itu telah menggariskan lima strategi bagi menjayakan hasrat berkenaan termasuk mengumpulkan para ahli akademik dan cerdik pandai yang komited serta berminat dalam bidang sejarah.

Katanya, persatuan itu juga akan melatih guru untuk membimbing para pelajar bagi memupuk minat menulis, menyelidik, mendokumentasi bahan sejarah di sekitar mereka.

“Kami juga akan mengadakan forum, seminar, bual bicara sejarah, menemu bual tokoh dan lawatan agar dapat menarik minat masyarakat menyukai dan mencintai sejarah.

“Persatuan ini bercadang menerbitkan buletin, jurnal dan buku hasil daripada penyelidikan serta kertas seminar untuk disebar luas kepada masyarakat selain menyediakan dana mencukupi untuk menjayakan program persejarahan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN