Menang kalah adalah pilihan akar umbi - Hans Isaac - Utusan Malaysia

Menang kalah adalah pilihan akar umbi – Hans Isaac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pelakon dan usahawan, Datuk Hans Isaac tidak menolak hakikat bahawa kesemua calon yang bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Ampang bagi pemilihan PKR 2022 layak menang dan mempunyai kekuatan masing-masing.

Menurut Hans, ketujuh-tujuh calon memiliki peluang sama rata untuk menyandang jawatan tersebut namun kemenangan tetap tertakluk kepada sokongan akar umbi.

“Saya berpendapat dan yakin bahawa semua calon yang bertanding mempunyai peluang dan berpotensi untuk menang sebagai Ketua Cabang di Ampang.

“Menang atau kalah adalah pilihan akar umbi. Saya tidak pernah mengatakan saya akan menang di khalayak, dan saya yakin setiap calon yang bertanding mempunyai kekuatan tersendiri.

“Seperti yang saya katakan, ketujuh-tujuh calon yang bertanding pasti punya peluang untuk menang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hans berkata setiap calon akan tetap memegang visi yang sama dan akan tetap berganding bahu demi rakyat dan akar umbi.

“Siapa pun yang memenanginya, kami semua akan tetap bekerjasama dan meletakkan rakyat dan akar umbi dihadapan.

“Itu antara prinsip kami sejak dari awal,” ujarnya.

Hans berdepan enam pencabar lain termasuk penyanyi rap Altimet bagi merebut jawatan tersebut.

Dalam pada itu, keputusan bagi pemilihan PKR 2022 bakal diumumkan pada 29 Mei depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.