MAYC tubuh cawangan di luar negara - Utusan Malaysia

MAYC tubuh cawangan di luar negara

MOHD. Al-Hafizi Abu Bakar (dua dari kanan) bermesra dengan tetamu pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MAYC di Shah Alam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kelab Belia Antarabangsa Malaysia (MAYC) berhasrat meneruskan penubuhan cawangannya di luar negara.

Ini bagi membolehkan kelab tersebut dapat terus mendekati anak muda negara yang berada di sana.

Menurut Presiden MAYC, Mohd. Al-Hafizi Abu Bakar, langkah tersebut merupakan sebahagian dasar baharu pihaknya bagi memantapkan agenda belia walau di mana sahaja mereka berada.

“Untuk permulaan kita akan mewujudkan Kelab MAYC antarabangsa di Medan dan Jakarta masing-masing pada Julai dan September.

“Kita juga dalam proses membuka cawangan di beberapa negara lain seperti negara-negara di Asia Barat. Kita berharap Kelab MAYC antarabangsa mampu menjadikan platform kepada mahasiswa kita di luar negara untuk bergerak mengadakan aktiviti,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MAYC di Bangunan Muara di sini malam tadi.

Mohd. Al-Hafizi berkata, pihaknya berharap ahli-ahli MAYC antarabangsa yang sudah tamat belajar mampu menyumbang tenaga untuk golongan belia di negara sendiri satu hari nanti.

Mengulas mengenai ahli MAYC, untuk saf kepimpinan sahaja rekod terkini menunjukkan kira-kira 16,000 orang menjadi ahli.

“Keahlian MAYC bukan individu tetapi bergantung kepada ahli kelab kira-kira 60,000 orang daripada 457 kelab belia,” jelasnya.

Mengulas mengenai program belia tempatan tahun ini, beliau berkata, isu-isu belia seperti muflis di usia muda menjadi fokus utama pihaknya.

“Sehubungan dengan itu program literasi kewangan akan diperkasa dalam kalangan golongan tersebut. Pengurusan kewangan adalah aspek yang banyak golongan belia terlepas pandang. Seawal umur 32 hingga 35 tahun mereka telah menjadi bankrap. MAYC berpandangan pihak berkuasa dapat memantapkan dasar pendidikan kewangan dalam kalangan anak-anak muda sejak dari awal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya