LPPKN tawar saringan kesihatan, perkhidmatan HPV DNA percuma sempena Hari Ibu - Utusan Malaysia

LPPKN tawar saringan kesihatan, perkhidmatan HPV DNA percuma sempena Hari Ibu

MUHAMAD Sharip Othman menyempurnakan simbolik perasmian Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia 'Keluarga Nogoghi: Ziarah Pusako Luak Ghombau' bersempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Muzium Rembau, Rembau hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan saringan kesihatan, subsidi mamogram dan perkhidmatan saringan kanser serviks (HPV DNA) secara percuma di seluruh negara sempena sambutan Hari Ibu.

Timbalan Pengerusi LPPKN, Mastura Mohamad Darby berkata, tawaran berkenaan adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan golongan ibu, melalui Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe).

Menurutnya, di Negeri Sembilan sehingga 22 Mei ini, pihaknya membuka peluang kepada 100 orang golongan ibu untuk mendapatkan tawaran percuma tersebut di Klinik Nur Sejahtera LPPKN di Seremban 2, Senawang dan Port Dickson.

“Perkhidmatan percuma ini turut kami bawakan khas ke program pada hari ini yang mendapatkan penglibatan Ibu Soko yang menjadi tunjang dan pakar rujuk bukan sahaja kepada hal ehwal adat malahan sosial, ekonomi dan politik di bumi beradat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia ‘Keluarga Nogoghi: Ziarah Pusako Luak Ghombau’ bersempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Muzium Rembau di sini hari ini.

Program dirasmikan oleh, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman.

Dalam pada itu, Mastura berkata, LPPKN akan terus komited dalam menyediakan program dan melaksanakan perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti kepada Keluarga Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya