LPP Negeri Sembilan tampung bekalan ayam disedia Nafas

LPP Negeri Sembilan tampung bekalan ayam disedia Nafas

HYDER Jaleel Gafoor (dua, kiri) menyerahkan wakalah zakat kepada ahli Tanggamas pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Tanggamas di Pusat Latihan Polis Bantuan FGV, Felda Bukit Rokan, Tampin hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Sembilan bersedia untuk menampung bekalan ayam yang akan disediakan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi pasaran bahan makanan tersebut di negeri ini.

Pengarahnya, Hyder Jaleel Gafoor Abdul Rasheed berkata, persediaan berkenaan merangkumi penyediaan peti sejuk beku yang mampu menampung bekalan ayam daging sejuk beku seberat empat tan pada satu-satu masa.

Menurut beliau, buat masa ini, pihaknya melalui Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) sudah terbabit dalam Skim Payung Ayam Daging (SPADA) bagi membekalkan ayam siap proses kepada beberapa agensi kerajaan.

“Terdapat lebih 15 agensi yang kami bekalkan ayam tanpa gagal ayng melibatkan 20 tan sebulan. Ini termasuk di semua hospital di negeri ini dan juga institut pemulihan di bawah Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pertahanan.

“Bagi pasaran terbuka pula, kami mempunyai Peladang Outlet yang mampu menyimpan stok sebanyak empat tan dalam satu-satu masa. Buat masa ini kami menyediakan sebanyak 1.8 tan ayam potong sejuk beku dengan jenama Peladangku setiap bulan dan 200 kilogram ayam potong mengikut bahagian bagi pasaran terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Tampin (Tanggamas) di Pusat Latihan Polis Bantuan FGV, Felda Bukit Rokan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jemaah Nafas, Datuk Zamri Yaakob menyatakan pihaknya menyasarkan untuk memproses dan memasarkan kira-kira 500,000 ekor ayam sehari untuk tempoh jangka masa panjang. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya