Lima individu selamat, kereta dinaiki dibawa arus banjir - Utusan Malaysia

Lima individu selamat, kereta dinaiki dibawa arus banjir

KEADAAN sebuah kereta Toyota Avanza yang dibawa arus banjir dalam kejadian di Kampung Dingkir Inas, Kuala Pilah petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Lima individu berdepan detik cemas apabila sebuah kereta kenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka dibawa arus banjir di Kampung Dingkir Inas, di sini petang tadi.

Pegawai Operasi Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Abdul Halim Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada pukul 5.36 petang.

“Sebuah kereta jenis Toyota Avanza dipercayai dibawa arus banjir Kampung Dingkir Inas, Kuala Pilah petang tadi.

“Bagaimanapun, pihak bomba dan orang awam berjaya menyelamatkan dua orang wanita, dua kanak-kanak dan seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan berkenan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdul Halim, mangsa yang terlibat telah dihantar ke penempatan sementara di Kampung Dingkir menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan jentera dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya