Lelaki warga emas maut rempuh tembok tol - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas maut rempuh tembok tol

Mayat dalam longkang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya merempuh tembok penghadang berhampiran pondok di Plaza Tol Taman Rimba Templer, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.44 pagi tadi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba, terdapat kemalangan melibatkan Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun yang melanggar tembok penghadang berhampiran pondok di plaza tol berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN