Lelaki nyaris rentung Toyota Camry terbakar - Utusan Malaysia

Lelaki nyaris rentung Toyota Camry terbakar

SEORANG lelaki nyaris rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar di Kilometer 162.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar di Kilometer 162.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, lelaki berusia 33 tahun berkenaan bagaimanapun sempat keluar dari kereta jenis Toyota Camry selepas menyedari berlaku kebakaran pada bahagian hadapan kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Lee Chong Chern, pihaknya mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa lelaki itu sedang memandu dari arah Butterworth menuju ke Nibong Tebal.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba dia nampak bahagian enjin mula terbakar dan terus memberhentikan kereta di lorong kecemasan sebelum keluar dari kenderaan.

“Lelaki itu tidak mengalami kecederaan dan api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba tidak lama selepas kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN