PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta mewah di Jalan Sungai Besi dekat sini petang tadi.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pemeriksaan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan dan berasal dari Klang, Selangor.
“Pada pukul 8.49 malam, pasukan forensik Kuala Lumpur telah hadir ke tempat kejadian.
“Tiada sebarang kecederaan ditemukan pada badan mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – UTUSAN










