Lelaki cabul murid darjah 6 ada masalah mental

Lelaki cabul murid darjah 6 ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam lif projek perumahan rakyat (PPR) dekat sini semalam dipercayai mempunyai gangguan mental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya mengambil keterangan suspek.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Kuala Lumpur.

“Kita sudah merakam percakapan mangsa dan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta 792 Akta Kanak-kanak.

“Berdasarkan keterangan, suspek adalah penghidap sakit mental dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan dia dibawa ke Hospital Bahagia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi semalam, kanak-kanak itu dikatakan disuruh ibunya ke kedai runcit di hadapan rumah bersama sepupu lelaki berusia tiga tahun.

Sebaik tiba ke rumah, mangsa didapati anaknya itu menangis ketakutan dan memberitahu dikejar oleh seorang lelaki ketika pulang.

Mangsa mendakwa suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu mengejarnya dan menahan pintu lif sebelum mencabul kanak-kanak perempuan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.