Lelaki acu ‘pistol’ dalam festival animasi diburu - Utusan Malaysia

Lelaki acu ‘pistol’ dalam festival animasi diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki membawa ‘senjata’ ketika penganjuran satu festival dalam pusat beli-belah mengundang padah apabila individu berkenaan diburu polis.

Tindakan itu susulan satu rakaman memaparkan lelaki berkenaan sedang berjalan sambil menyelak baju menampakkan satu objek menyerupai senjata diselitkan di seluarnya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video itu dan dipercayai kejadian berlaku ketika penganjuran festival animasi selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei lalu di pusat beli-belah berkenaan.

“Lelaki dalam rakaman berkenaan disyaki salah seorang peserta yang turut menggayakan watak animasi semasa hadir ke festival itu.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas beliau, turut dikesan iaitu pemilik akaun media sosial terbabit dan individu dalam rakaman untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya