Langkah intervensi perkukuh sekuriti makanan negara

Langkah intervensi perkukuh sekuriti makanan negara

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebahagian cadangan termasuk langkah-langkah jangka masa sederhana dan panjang bagi memperkukuhkan sekuriti makanan negara akan dibawa untuk pertimbangan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Sekuriti Makanan Negara yang akan dipengerusikan Perdana Menteri pada 30 Mei ini.

  Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataannya, cadangan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat khas Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) dipengerusikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee secara hibrid, semalam. 

  “MAFI akan mengambil tindakan susulan berkaitan segala cadangan dan pandangan yang telah diberikan dalam mesyuarat ini.

  “Selain itu, MAFI akan terus mengadakan perbincangan dan libat urus terbuka dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha menghadapi cabaran-cabaran semasa yang mengancam sekuriti makanan negara sekali gus memastikan bekalan makanan negara terus kekal terjamin demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

  Dalam pada itu, mesyuarat yang diadakan semalam antara lain untuk mendapatkan pandangan dan cadangan berkaitan isu-isu semasa berkaitan sekuriti makanan negara. 

  Katanya, langkah-langkah intervensi jangka sederhana dan panjang juga telah dibincangkan bagi merangka hala tuju sektor pertanian dan industri makanan mengikut perkembangan dan keperluan semasa secara menyeluruh dan holistik.

  “MPPN bertindak sebagai penasihat kepada Menteri MAFI dalam mengenal pasti isu-isu khususnya berkaitan sekuriti makanan negara dan menyumbang pandangan serta cadangan yang sesuai bagi memacu hala tuju sektor agromakanan mengikut perkembangan dan keperluan semasa. 

  “Keahlian MPPN bagi sesi 2021/2022 terdiri daripada 15 ahli yang merangkumi pemain industri, pakar ekonomi, ahli akademik dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam sektor agromakanan,” jelasnya. 

  Mengulas lanjut, ahli-ahli MPPN mengambil maklum langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan baru-baru ini untuk menangani isu sekuriti makanan termasuk pemberian subsidi kepada penternak ayam, pemansuhan Approved Permit (AP) untuk produk agromakanan, pemberhentian eksport ayam dan pelbagai langkah lain.

  Ujarnya, dalam masa sama, MPPN juga menyatakan ia perlu disusuli dengan langkah jangka masa sederhana dan panjang bagi mendepani cabaran-cabaran sekuriti makanan negara secara komprehensif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya