GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah belum pasti sama mahu bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi mempertahan kerusi Parlimen Gua Musang. Beliau atau Ku Li berkata, perkara itu belum difikirkan lagi dan akan menghormati permintaan akar umbi. “Saya tak tahu, terpulang kepada ahli-ahli dan parti. Saya sendiri pun dah teruk, kena pakai enjin tiga silinder,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri ADUN Galas di Bandar…







