Kru kapal layar dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot - Utusan Malaysia

Kru kapal layar dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot

AHMAD NUR HASSANUDDIN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang kru kapal layar dikhuatiri lemas selepas hilang dipercayai terjatuh dari bot yang dinaikinya di perairan Kuah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemancing yang dalam perjalanan pulang ke Royal Langkawi Yacht Club di sini pada pukul 6.15 petang.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23, dipercayai terjatuh dari bot tersebut ketika cuba mengejar kapal layar selepas terlewat hadir tugas dan kapal layar yang patut dinaiki berlepas pada pukul 4.30 petang.

“Lebih kurang pukul 5 petang, sebuah bot pemancing yang pulang dari Pulau Bumbun menghala ke Royal Langkawi Yacht Club telah menemukan sebuah bot kecil tanpa orang dan mendapati sepasang selipar serta satu topi terapung berhampiran bot kecil berkenaan.

“Pemancing tersebut kemudiannya menghubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang berasal dari Alor Setar dan masih bujang merupakan kru kapal layar, Sunset Dinner Cruise.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Shariman memberitahu, sehingga kini mangsa masih belum ditemukan dan SAR ditangguhkan pada pukul 8.50 malam semalam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa terlibat akan disambung pada pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN