fbpx

Konsep ‘Sekolahku Sejahtera’ direalisasi di seluruh negara

Terowong Menora
KEADAAN kereta yang dilanggar treler sehingga mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Plaza Tol i Kuala Kangsar baru-baru ini - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Iklim pembelajaran menyeronokkan dengan konsep ‘Sekolahku Sejahtera’ menjadi pendekatan utama Kementerian Pendidikan untuk direalisasikan di semua sekolah di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, iklim itu sebelum ini telah dilaksanakan di peringkat sekolah dan akan terus dikembangkan dengan pelbagai inisiatif, termasuk membangunkan teknologi pembelajaran digital yang menyeronokkan.

“Perkembangan positif ini turut dipantau kementerian termasuk Pembelajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan guru bagi membangkitkan keseronokan belajar sepanjang musim pandemik sebelum ini.

“Guru telah melaksanakan tanggungjawab terbaik tanpa mengharapkan balasan dan pujian untuk membangunkan ketamadunan bangsa. Setiap yang terbaik pastinya terserlah apabila ibu bapa dan murid seronok dengan guru yang berkaliber sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 di Festival Guru Malaysia (FGM) anjuran KPM dengan kerjasama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dan Naib Presiden merangkap Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Seramai 25 Guru Inspirasi dipilih menerusi 5,689 pencalonan guru yang diterima pengurusan McDonald dengan setiap mereka masing-masing menerima wang tunai RM5,000, tropi dan sijil penghargaan.

Tambah Radzi, konsep ‘Sekolahku Sejahtera’ yang menjadi pendekatan utama juga berupaya meningkatkan eksplorasi bidang sains dan teknologi kepada murid-murid.

Katanya, elemen yang sama turut menjadi kriteria pemilihan Guru Inspirasi supaya mereka boleh dijadikan sebagai idola.

“Dalam konteks itu, banyak inisiatif telah berjaya dilaksanakan oleh guru bagi memastikan murid-murid dapat menjelajah bidang sains dan teknologi atas tapak digitalisasi pada masa kini,” ujarnya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI