Kes HFMD Kuala Lumpur, Putrajaya meningkat 14 kali ganda

Kes HFMD Kuala Lumpur, Putrajaya meningkat 14 kali ganda

DR. NOR’AISHAH ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes jangkitan Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan peningkatan sebanyak 14 kali ganda pada Minggu Epidemiologi (ME) 20/2022 berbanding pada tahun lalu iaitu ME yang sama.

Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Dr. Nor’ Aishah Abu Bakar berkata, sebanyak 6,197 kes HFMD direkodkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada ME 20/2022 iaitu pada 21 Mei berbanding 403 kes pada ME sama tahun 2021.

“Manakala jumlah kes mingguan dilaporkan pada ME 20/22 adalah 1,163 kes berbanding 1,138 kes pada ME19/2022 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 2.2 peratus.

“Sehingga ME 20/2022 sebanyak 408 wabak telah dilaporkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, berbanding ME sama pada tahun 2021 iaitu sebanyak 32 wabak, menunjukkan peningkatan sebanyak 13 kali kali ganda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian kes HFMD dikategorikan sebagai wabak apabila berlaku dua atau lebih kes dalam tempoh inkubasi dan lokaliti yang sama.

Dr. Nor’ Aishah berkata, pihak jabatan sentiasa memantau kejadian penyakit HFMD di Kuala Lumpur dan Putrajaya khasnya serta mengambil tindakan kawalan dan pencegahan bagi mengelakkan transmisi jangkitan di dalam komuniti. 

“Jabatan ini juga mengharapkan sokongan masyarakat untuk sentiasa cakna berkenaan gejala HFMD dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran terutamanya mengamalkan kaedah mencuci tangan dengan betul.

“Orang ramai juga digalakkan untuk sentiasa melayari laman web Kementerian Kesihatan (KKM) di https://www.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini kes HFMD,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya