Kes buli: 30 pelajar sekolah menengah agama di Labu diambil keterangan - Utusan Malaysia

Kes buli: 30 pelajar sekolah menengah agama di Labu diambil keterangan

KESAN lebam dan kecederaan pada kaki dua orang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Labu, Seremban yang didakwa dipukul dengan penyangkut baju dan kayu penyapu oleh pelajar senior.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 30 pelajar telah diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan dua yang didakwa cedera dibuli pelajar senior dalam kejadian di sebuah sekolah agama berasrama penuh di Labu, Nilai di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kesemua pelajar itu telah diambil keterangan sehingga pukul 2 petang tadi.

“Terdapat empat laporan polis diterima berkaitan fakta isu kes yang disiasat.

“Permohonan reman terhadap enam lelaki yang bersangkut dengan kes yang disiasat juga telah dimohon dan reman telah dibenarkan selama satu hari sehingga pukul 5 petang 16 Mei 2022 (hari ini),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, pihak polis telah menerima tiga laporan polis Sabtu lalu berhubung kejadian pelajar tingkatan dua cedera di beberapa bahagian badan selepas didakwa dibuli pelajar senior di sebuah Sekolah Menengah Agama (SMA) berasrama penuh di Nilai di sini.

Beliau berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya