Kerajaan teruskan Program Podium sehingga 2025

Kerajaan teruskan Program Podium sehingga 2025

KERAJAAN bersetuju meneruskan pelaksanaan Program Podium sehingga 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM249 juta untuk tempoh empat tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju meneruskan pelaksanaan Program Podium sehingga 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM249 juta untuk tempoh empat tahun, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan amat menghargai pencapaian cemerlang atlet negara di persada antarabangsa yang rata-rata dibarisi golongan belia iaitu 31.6 peratus daripada jumlah atlet negara. 

“Penerusan program ini bukan sahaja dapat memberikan galakan buat atlet belia, malah perancangan dan persediaan turut dapat dilaksanakan dengan teratur bagi membolehkan lebih banyak pencapaian cemerlang direalisasikan di peringkat antarabangsa.

“Ayuh keluarga belia Malaysia, teruskan sokongan kita kepada atlet-atlet sukan negara,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Belia Negara, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN