Kerajaan kaji hapus lebih banyak AP

Kerajaan kaji hapus lebih banyak AP

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan sedang mengkaji untuk menghapuskan lebih banyak lesen import (AP) selain makanan bagi mengurangkan tekanan akibat impak kekurangan penawaran bekalan barangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, malah langkah itu secara tidak langsung dapat mengurangkan harga barangan keperluan rakyat.

“Saya dah umumkan AP dihapuskan, saya melihat kemungkinan lebih banyak AP sedang dikaji untuk dihapuskan.

“Kita berharap apabila AP dihapuskan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan daripada kekurangan supply (penawaran) jika banyak pihak terlibat terlibat, harga mungkin dapat dikurangkan. Tetapi kita tunggulah kesannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Minggu lalu, Ismail Sabri mengumumkan keperluan menghapuskan AP terhadap bahan makanan, berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah drastik menjamin keselamatan dan bekalan makanan di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN