Kementerian Pendidikan perkukuh aspek pendidikan digital negara - Radzi

Kementerian Pendidikan perkukuh aspek pendidikan digital negara – Radzi

RADZI Jidin mengunjungi Bexleyheath Academy, United Kingdom.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan kini dalam usaha memperkukuhkan aspek pendidikan digital negara bagi mendapatkan impak yang optimum kepada murid.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau mahu keseluruhan ekosistem pendidikan bergerak sama-sama ke arah perubahan bagi meningkatkan kualiti pendidikan demi generasi pewaris negara.

Beliau berkata, pentadbir dan guru juga perlu memainkan peranan penting dalam penyediaan kurikulum serta menerajui penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran.

“Semalam, saya berkesempatan mengunjungi Bexleyheath Academy, United Kingdom untuk meninjau pengoperasian sekolah itu yang juga salah satu daripada 57 buah sekolah di bawah Academies Enterprise Trust (AET).

“Pengetua Bexleyheath Academy telah berkongsi bagaimana transformasi sekolah ke arah pendidikan digital dilaksanakan.

“Kami juga sempat berjumpa dengan pelajar yang berkongsi pengalaman dan cabaran mereka dalam fasa perubahan mengikuti pendidikan secara digital,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, secara keseluruhan, kejayaan transformasi pendidikan sekolah tersebut melibatkan komitmen tinggi daripada seluruh warga sekolah.

Radzi berkata, kejayaan sekolah itu banyak dibantu penglibatan AET dalam pelbagai aspek, termasuk pengukuhan tenaga pengajar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.