Kedudukan Zuraida tergugat jika RUU lompat parti lulus

Kedudukan Zuraida tergugat jika RUU lompat parti lulus

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Ahli Parlimen Ampang tergugat sekiranya Undang-undang Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti diluluskan lebih awal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, buat masa kini undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan kerana masih belum diluluskan Parlimen.

“Bukan sahaja beliau, malah saya sendiri tergugat dan Ahli Parlimen lain jika undang-undang ini diluluskan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia turut menjelaskan yang beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan mengenai kedudukannya sebagai menteri.

Undang-undang lompat parti yang bakal di Parlimen pada Julai kelak nanti mempunyai dua elemen utama iaitu Ahli Parlimen keluar parti dan Ahli Parlimen bebas sertai mana-mana parti.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, beliau tidak mengetahui isu dalaman membabitkan Zuraida dan Bersatu meskipun masing-masing merupakan rakan Kabinet.

“Itu soal dalaman beliau, saya tidak tahu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya