Kanak-kanak cedera kaki tertusuk tongkat basikal

Kanak-kanak cedera kaki tertusuk tongkat basikal

KEADAAN seorang kanak-kanak lelaki yang cedera  setelah kakinya tertusuk tongkat basikal di Taman Mawar, Alor Setar, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan setelah kakinya tertusuk tongkat basikal di Taman Mawar, Jalan Kenari Biru PKNK, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.54 pagi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati tapak kaki kanak-kanak tersebut yang berusia sembilan tahun tertusuk dengan tongkat basikal diperbuat daripada besi.

“Pasukan kami kemudian memotong tongkat basikal tersebut menggunakan peralatan khas sebelum memberi rawatan awal termasuk membalut kaki kanak-kanak berkenaan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi klip video yang dikongsikan dalam media sosial, tongkat besi tersebut dilihat masih berada di kaki kanak-kanak tersebut sewaktu dibawa ke hospital.

Difahamkan, urusan mengeluarkan tongkat besi berkenaan diuruskan di HSB dengan kerjasama barisan doktor di pusat perubatan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.