Kanak-kanak 10 tahun pandu Kancil ke sekolah - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 10 tahun pandu Kancil ke sekolah

TANGKAP layar video TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun memandu Perodua Kancil bersama adik serta kakaknya untuk ke sekolah dalam kejadian di Pekan Nanas, Pontian, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sepasang suami isteri tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini selepas menyedari video anak mereka memandu kereta Perodua Kancil tular di laman sosial sehingga mendapat pelbagai maklum balas warganet.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, pasangan itu bersama anak lelaki berusia 10 tahun hadir memberi keterangan kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Menurut beliau, siasatan terhadap video di TikTok mendapati kanak-kanak terbabit memandu kenderaan sambil dua lagi kanak-kanak berada di tempat penumpang hadapan.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku pada Selasa lalu di Pekan Nanas dan difahamkan mereka memandu kereta itu ketika sedang bersiap untuk ke sekolah. Kita telah ambil keterangan ibu bapa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu, pemilik kenderaan berkenaan boleh disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987.

“Pihak polis menasihatkan kepada ibu bapa supaya memandang serius kejadian ini dan merupakan satu kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya