Kakitangan MBSA mati lemas ketika selam skuba

Kakitangan MBSA mati lemas ketika selam skuba

PUSPASARI Aminuddin dari Shah Alam, Selangor ditemukan mati lemas ketika melakukan aktiviti selaman skuba di Pulau Tenggol di Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditemukan mati lemas ketika melakukan aktiviti selaman skuba di Pulau Tenggol, di sini hari ini.

Mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, dari Shah Alam, Selangor ditemukan terapung oleh pemandu bot yang membawa rombongan pelancong itu kira-kira pukul 9.40 pagi. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mangsa bersama dua rakannya tiba di Tokong Timor Pulau Tenggol untuk melakukan aktiviti selaman bersama pelancong lain, kira-kira pukul 9.25 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa didapati terapung di permukaan air selepas 15 minit menyelam dan kejadian itu disedari oleh pemandu bot. Menurut pemandu bot, mangsa sudah tidak bernyawa ketika dibawa naik ke bot,” katanya hari ini.

Baharudin berkata, mayat mangsadibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Puspasari bersama dua rakannya dikatakan tiba di Dungun pukul 10 malam tadi untuk melakukan aktiviti selaman skuba di pulau peranginan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.